Mangostyn Shamelin

Online Biz : Minuman Pati Buahan Top SuperFruits

Roselle

ROSSELE (Hibiscus sabdariffa) -Roselle adalah dari species hibiscus, famili Malvaceae. Buah rossele yang berwarna merah mengandungi pektin, serta kaya dengan vitamin C, A dan E serta zat mineral. Buah ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi disamping memberi kesan awet muda.

Banyak bahagian roselle termasuk biji, daun, buah dan akar digunakan pelbagai cara dalam hidangan.

buah rosellebuah roselle

Antaranya ialah kulit kelopak merah buah adalah yang paling popular.  Ia boleh dibuat jus, jam , jeli, sirap, gelatin, puding, kek, ais krim dan perisa.  Kelopak merah buah ini juga boleh dikeringkan dan boleh dibuat sebagai minuman teh,  pai, sos, dan pelbagai kuih.  Kelopak merah mengandungi pektin yang boleh dibuat jeli.

Pucuk dan batang muda boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai hidangan sayuran.

Kelopak merah buah ini  mengandungi antioksiden termasuk flavonoid, gossypetine, biniscetine dan sabdaretine.  Kelopak merah segar juga kaya dengan riboflavin, asid askorbik, niacin, carotene, kalsium dan besi yang sangat penting dalam nutrisi harian kita.

Bijinya kaya dengan protein boleh dibakar dan kisar menjadi serbuk kemudian digunakan dalam sup dan sos.  Biji yang dibakar juga boleh digunakan sebagai gantian kopi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.