Mangostyn Shamelin

Online Biz : Minuman Pati Buahan Top SuperFruits

Antioksiden terbaik

Posted by ddrn di Februari 19, 2010

Antioksiden diperlukan oleh badan kita untuk melawan radikal bebas yang terbentuk dalam badan kita.  Selain daripada antioksiden yang dikeluarkan oleh badan sendiri kita juga perlukan antioksiden dari sumber buah-buahan dan sayuran.

Badan kita dijadikan dari tanah dan tanahnya adalah dari kawasan tempatan.  Oleh itu buahan dan sayuran  yang paling sesuai untuk kita hidup sihat ialah dari tumbuhan tempatan.

Oleh itu jika kita ingin memilih produk suplemen makanan, hendaklah suplemen itu ramuannya dari buahan atau sayuran tempatan.   Jika buah raspberry, cranberry, blueberries dan sebagainya tinggi khasiatnya, tetapi ia sangat sesuai untuk orang barat yang tinggal di kawasan berkenaan.  Buahan yang sesuai untuk kita di nusantara ini pula ialah seperti betek, manggis, jambu, nenas, delima, roselle, mengkudu, kelapa, dan sebagainya.

Produk yang paling sesuai untuk kita di Malaysia dan serantau nusantara ialah Mangostyn Shamelin kerana buahan yang digunakan adalah tidak asing dengan kita dan sangat sesuai bagi penduduk kawasan ini.  Bahan utamanya ialah kulit, isi dan biji manggis.  Kulitnya yang sangat tinggi xanthone yang mempunyai khasiat kesihatan yang sangat menakjubkan.   Buah manggis memang tidak asing bagi kita.

Buah lain seperti epal, walaupun tidak tumbuh di negara kita, tetapi ia telah menjadi serasi kerana buah epal dijual di  negara ini sepanjang tahun dan kita makan buah epal hampir setiap minggu.  Khasiat unggul epal ialah keberkesanan melawan kanser peparu dan prostrate dan ia juga tinggi serat dan sangat baik sebagai bahan detox.  Selain itu epal juga digunakan dengan jayanya oleh masyarakat kita sebagai penawar batu karang dengan cara detox.

Biji anggur pula yang terkenal dengan revesterolnya juga baik untuk kesihatan jantung, kolesterol dan penjagaan tekanan darah.  Ekstrak biji anggur banyak digunakan sebagai suplemen kesihatan.

Buah delima yang ditanam di depan laman rumah di hampir semua taman-taman perumahan di Malaysia kerana dipercayai ia membawa tuah sangat sesuai utk kesihatan urat saraf dan edaran darah.  Telah terbukti juga delima dapat mengurangkan kolesterol dan meningkatkan aliran darah justeru sesuai untuk pesakit saraf seperti parkinson dan stroke.

Seperti delima, roselle juga ditanam oleh masyarakat kita kerana ia cantik dan mudah tumbuh.  Daun pucuknya dibuat ulam dan batangnya dibuat air minuman, manakala kelopak bunganya boleh dibuat air minuman jus harian.  Roselle sangat tinggi vitamin C dan E.

Jika dibandingkan dengan produk lain dari negara barat seperti USA, kita lihat walaupun produk itu mengandungi lebih 15 buah-buahan tetapi mungkin hanya satu sahaja buah yang biasa kita lihat di negara ini.

Oleh itu saya nasihatkan kepada anda apabila memilih suplemen, pilihlah produk yang dikenalpasti lebih sesuai untuk masyarakat kawasan ini seperti Mangistyn Shamelin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: